Kegiatan militan Mahmud Ahmad

Beliau juga sedang merancang satu siri penculikan pelajar Malaysia yang meninggalkan sel militannya. Semua pelajar itu kini dianggap sebagai "tebusan" dan perlu "disenyapkan" kerana mengetahui semua operasi Mahmud dan sel militannya. Pada 2 Julai 2014, pihak Bukit Aman mengedarkan nama lima orang yang dituduh sebagai militan dari Malaysia dan paling dikehendaki.

Dua anggota selnya yang termasuk dalam senarai dikehendaki polis adalah Mohd Najib Husen dari Kota Damansara, Petaling Jaya, dan Muhammad Joraimee Awang Raimee. Mereka bertiga terlibat dalam merekrut dan menghantar rakyat Malaysia menyertai pejuang Kumpulan Negara Islam dan Jajahannya (ISIL) di Syria. Dua yang lain adalah anggota Darul Islam Sabah dan menyertai kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina. Dr Mahmud dan Mohd Najib berlepas ke selatan Filipina pada 22 April 2014 dan dipercayai telah berbai'ah dengan Amir (ketua) sebuah kumpulan militan di Basilan, Selatan Filipina. Di sana mereka menjalani latihan ketenteraan bersama kumpulan tersebut

Kerjaya sebagai pensyarah kanan memudahkan beliau untuk menarik pelajar dalam aktiviti militan. Beliau dianggap sebagai ayah kepada para pelajarnya di UM.Di universiti, beliau tidak pernah menyebarkan fahaman radikal malah bersifat profesional sahaja, kegiatan akademik semata-mata.Beliau juga pakar dalam bidang perbandingan agama khususnya Bible .Dr Mahmud pernah menjadi tetamu rancangan radio dan berkongsi pengalaman tentang bidangnya .[2] Beliau bukan saja merekrut rakyat Malaysia untuk bersama-sama berjuang bersama ISIL tetapi juga merancang menculik bekas pelajar yang meninggalkan sel kerana mereka tahu banyak perkara mengenai aktiviti militan.

Mahmud dikatakan bertanggungjawab merancang mesyuarat antara pemimpin sel dari Asia Timur dan mereka di Selatan di sebuah “rumah perlindungan” di Shah Alam, Selangor yang diserbu polis pada Mei 2014.Antara lain , mesyuarat seasama pemimpin bagi membincangkan penubuhan sebuah Khalifah Islam dipanggil Daulah Islamiyah Asia Tenggara.

Mereka dikaitkan dengan kumpulan militan yang menjalani latihan taktikal menembak di Gunung Arang Para, Kuala Kangsar, Perak pada Disember 2014 selama dua hari.Seramai 10 ahli menjalani latihan militan itu sebagai persediaan sebelum terbang ke Syria dan Iraq untuk berjihad.Mereka juga menggunakan kem latihan di Port Dickson. Jumlah mereka dianggarkan 100 orang telah dihantar ke Timur Tengah bersama ISIL .[3]

Rujukan

WikiPedia: Mahmud Ahmad http://www.astroawani.com/news/show/suspek-terbabi... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polisbu... http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/07/03/P... http://m.utusan.com.my/Jenayah/20140703/je_03/Bert... http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140703/j...